Panel Hakim Pertandikan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu telah berkunjung ke Kampung Guntung Luar pada 28hb Februari 2011, hari Isnin. seramai 10 orang panel hakim dari Kuala Terengganu telah disambut oleh JKKK Guntung Luar di tapak sukan Olahraga SKGL dan sukan Rakyat Kampung Guntung Luar / Air Sejuk.
Di dalam kesibukan JKKK Guntung Luar melaksanakan program sukan rakyat, sukan olahraga dan program perasmian Gelanggang Futsal, JKKK berusaha sedaya upaya menyediakan sambutan dan taklimat kepada barisan panel hakim.
Semoga keindahan, kebersihan dan keceriaan kampung Guntung Luar akan menjadi kenangan kepada barisan panel hakim.
Teliti; Panel hakim meneliti profail kampung yang disediakan. |
Diraikan : Panel hakim diraikan dengan jamuan tengahari bersama ahli jawatankuasa. Turut hadir Pegawai Daerah dan Penghulu Kanan. |
Sokongan : YB. Haji Abdul Halim Jusoh, tidak ketinggalan bersama-sama di dalam sessi taklimat. YB. sentiasa memberi sokongan kepada JKKK Guntung Luar. Terima kasih |
Taklimat : Sessi taklimat disampaikan oleh Hamdan Hamzah |
No comments:
Post a Comment