JKKK Guntung Luar

Saturday, March 12, 2011

KEBAKARAN RUMAH

Jam 3.45 pagi, 10hb Mac 2011, warga Guntung Luar dikejutkan dengan bunyi siren Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rumah Encik Mohd Nizan telah mengalami kebakaran dan musnah sama sekali. Beliau yang juga Setiausaha JKKK tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyelamatkan diri dan keluarga serta kenderaan. Api yang marak dengan cepat menyebabkan rumah berkenaan tidak dapat diselamatkan lagi.

Rumah jiran beliau di kiri dan kanan juga hampir terbakar sama. Alhamdulillah dengan kehadiran anggota BOMBA, ianya dapat dikawal. Kebakaran ini dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 pagi.

Pada paginya pula, rumah berkenaan dinaiki air banjir yang hampir mencecah lantai. Seluruh warga Guntung Luar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Mohd Nizan dan berharap serta berdoa semoga beliau sabar dalam menghadapi dugaan ini.

Rakan sekerja dari KEMAS, Majlis Daerah Setiu, SKGL, SMK Guntung, Pejabat Daerah Setiu, JPAM Setiu dan lain-lain agensi serta masyarakat kampung telah datang menziarahi dan memberi sokongan. Yang Berhormat Haji Abdul Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri, juga telah turut sama hadir. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee Ahli Parlimen Setiu juga turut memberi sokongan kepada keluarga berkenaan.

Encik Mohd Nizan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. Beliau amat terharu dengan sokongan yang diberikan.
Hangus : Keseluruhan rumah musnah terbakar
Ditenggelami banjir
Teliti : melihat sisa-sisa kebakaran

No comments:

Post a Comment