JKKK Guntung Luar

Monday, February 28, 2011

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL

Warga Kampung Guntung Luar merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan kerana telah menyediakan sebuah gelanggang futsal terbuka untuk kegunaan masyarakat kampung Guntung Luar. Gelanggang yang siap dibina pada tahun 2010 terletak bersebelahan dengan Padang Bolasepak di kampung Guntung Luar.

Gelanggang ini diurus selia oleh JKKK Kampung Guntung Luar. Seorang ahli jawatankuasa telah ditugaskan khusus untuk menyelia gelanggang ini. Semenjak siap dibina, gelanggang ini digunakan setiap malam oleh belia kampung Guntung Luar.

Pada 27hb Februari 2011, Gelanggang ini telah dibuka dengan rasminya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu. Majlis ini juga turut dihadiri Cik Siti Nasuha daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu. Beliau berharap kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaiknya



Menerima cenderahati daripada Mohamad Mat Zin
Pengerusi JKKK Guntung Luar diperhati oleh
Hj. Abdul Kadir Daud (timbalan pengersui),
Apandi Husain (penghulu Mukim Guntung) dan
Cik Siti Nasuha (wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah)
Sempena majlis berkenaan, JKKK telah menganjurkan pertandingan futsal. Ianya diadakan dalam dua kategori iaitu antara JKKK Mukim Guntung (12 pasukan) dan terbuka belia (20 pasukan). Di dalam kategori JKKK, Kg. Air Sejuk telah menjadi johan manakala tempat kedua dimenangi oleh JKKK Kg. Bahagia. Di dalam kategori terbuka belia, johan disandang oleh Kg. Bintang manakala Guntung Luar di tempat kedua.JKKK Guntung Luar selaku penganjur telah menyediakan hadiah berbentuk wang tunai sebanyam RM500 bagi tempat pertama, RM300 (kedua) dan RM200 (ketiga dan keempat) tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini.



Kenangan : Pasukan bersama dengan YB Dato'

Minat : Menarik ramai penonton di kejohanan ini

No comments:

Post a Comment