JKKK Guntung Luar

Monday, February 28, 2011

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG

Panel Hakim Pertandikan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu telah berkunjung ke Kampung Guntung Luar pada 28hb Februari 2011, hari Isnin. seramai 10 orang panel hakim dari Kuala Terengganu telah disambut oleh JKKK Guntung Luar di tapak sukan Olahraga SKGL dan sukan Rakyat Kampung Guntung Luar / Air Sejuk.

Di dalam kesibukan JKKK Guntung Luar melaksanakan program sukan rakyat, sukan olahraga dan program perasmian Gelanggang Futsal, JKKK berusaha sedaya upaya menyediakan sambutan dan taklimat kepada barisan panel hakim.

Semoga keindahan, kebersihan dan keceriaan kampung Guntung Luar akan menjadi kenangan kepada barisan panel hakim.


Teliti; Panel hakim meneliti profail kampung yang disediakan.

Diraikan : Panel hakim diraikan dengan jamuan tengahari bersama ahli jawatankuasa.
Turut hadir Pegawai Daerah dan Penghulu Kanan.

Sokongan : YB. Haji Abdul Halim Jusoh, tidak ketinggalan bersama-sama di dalam sessi taklimat.
YB. sentiasa memberi sokongan kepada JKKK Guntung Luar. Terima kasih

Taklimat : Sessi taklimat disampaikan oleh Hamdan Hamzah

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG FUTSAL

Warga Kampung Guntung Luar merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan kerana telah menyediakan sebuah gelanggang futsal terbuka untuk kegunaan masyarakat kampung Guntung Luar. Gelanggang yang siap dibina pada tahun 2010 terletak bersebelahan dengan Padang Bolasepak di kampung Guntung Luar.

Gelanggang ini diurus selia oleh JKKK Kampung Guntung Luar. Seorang ahli jawatankuasa telah ditugaskan khusus untuk menyelia gelanggang ini. Semenjak siap dibina, gelanggang ini digunakan setiap malam oleh belia kampung Guntung Luar.

Pada 27hb Februari 2011, Gelanggang ini telah dibuka dengan rasminya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu. Majlis ini juga turut dihadiri Cik Siti Nasuha daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu. Beliau berharap kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaiknya



Menerima cenderahati daripada Mohamad Mat Zin
Pengerusi JKKK Guntung Luar diperhati oleh
Hj. Abdul Kadir Daud (timbalan pengersui),
Apandi Husain (penghulu Mukim Guntung) dan
Cik Siti Nasuha (wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah)
Sempena majlis berkenaan, JKKK telah menganjurkan pertandingan futsal. Ianya diadakan dalam dua kategori iaitu antara JKKK Mukim Guntung (12 pasukan) dan terbuka belia (20 pasukan). Di dalam kategori JKKK, Kg. Air Sejuk telah menjadi johan manakala tempat kedua dimenangi oleh JKKK Kg. Bahagia. Di dalam kategori terbuka belia, johan disandang oleh Kg. Bintang manakala Guntung Luar di tempat kedua.JKKK Guntung Luar selaku penganjur telah menyediakan hadiah berbentuk wang tunai sebanyam RM500 bagi tempat pertama, RM300 (kedua) dan RM200 (ketiga dan keempat) tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini.



Kenangan : Pasukan bersama dengan YB Dato'

Minat : Menarik ramai penonton di kejohanan ini

Monday, February 14, 2011

Getah Naik Harga

Alhamdulillah, Allah SWT telah murahkan rezeki kepada hamba Nya. Salah satu daripada rezeki yang dilimpahkan Allah SWT kepada hambanya ialah kenaikan harga getah sehingga mencecah RM8.00 sekilogram.
Sudah pastinya, warga Guntung Luar yang terlibat dalam bidang ini beroleh pendapatan yang lebih berbanding dengan dahulu.

Marilah kita bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Terima kasih kepada kerajaan yang telah berusaha membantu rakyat di dalam bidang pertanian. Semoga kita tidak tergolong didalam golongan orang orang yang lalai mensyukuri nikmat Allah.