JKKK Guntung Luar

Monday, June 17, 2013

PERTANDINGAN ADC PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013

JKKK GUNTUNG LUAR mengucapkan selamat datang kepada barisan Panel Hakim Pertandingan ADC Peringkat Negeri Terengganu ke Kampung Guntung Luar......

NASI AYAM KAMPUNG SSSOHOR......

Haji Zakaria Senik dan Isteri merupakan pasangan yang mengusahakan warung Jelira Rasa di Kampung Guntung Luar....  Masakan Ayam Kampung dan Gulai Itik telah dikenali ramai dan mendapat sambutan bukan sahaja dari penduduk sekitar malah dari seluruh negeri Terengganu....
Rujuk berita di laman di bawah...
http://www.freewebs.com/agroresort/apps/blog/entries/show/11631496-kedai-haji-ya-guntung-luar-ayam-kampung-dan-gulai-itik
http://terengganumyheritage.blogspot.com/2011/11/nasi-gulai-ayam-kampung-dan-gulai-itik.html
http://pdtsetiu.terengganu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=176&Itemid=174
http://busuk.org/ping/view/73733

Tuesday, February 21, 2012

MENYAHUT CABARAN MENGGAPAI KECEMERLANGAN


Pada 21 Februari 2012, Kampung Guntung Luar sekali lagi menyahut cabaran kerajaan untuk menyertai pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu. JKKK Guntung Luar telah menerima kunjungan barisan Panel Hakim pertandingan berkenaan pada jam 2.30 petang.
Datang bersambut...
Barisan Panel Hakim disambut oleh JKKK Guntung Luar


Terima kasih YB. Dato',
Kehadiran YB. Dato' Haji Mohd Jidin Shafii, Ahli Parlimen Setiu memberi
sokongan kepada JKKK Guntung Luar...

Sessi Taklimat
Barisan Panel Hakim sedang mendengar taklimat yang disampaikan
oleh Encik Hamdan bin Hamzah

Ulasan dan komen
Ketua Rombongan Panel Hakim menyampaikan komen di dalam
sessi taklimat berkenaan.

Adat bertandang.... Rombongan Panel Hakim yang menjadi
tetamu Kampung Guntung Luar sedang menikmati jamuan.
Sup daging/tulang/ Bubur Kacang/Roti/Kueh Onde-Onde


Tanda penghargaan di atas kunjungan.
Pengerusi menyampaikan pulut macam macam kaler
kepada panel hakim...
Tahniah kepada seluruh ahli JKKK Guntung Luar dan warga kampung Guntung Luar yang telah memberi komitmen dan membuktikan semangat untuk teruskan kecemerlangan dan kejayaan kampung kita. Menang atau kalah pertandingan bukan pengukur kejayaan tetapi semangat yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa kita sebenarnya telah BERJAYA... teruskan teruskan teruskan....!!!!!!!

MENGUKIR KEJAYAAN 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433 menjadi satu sejarah kepada Guntung Luar. Pada sambutan peringkat negeri, Kampung Guntung Luar telah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 Pertandingan Kebersihan Tanah Perkuburan Islam Peringkat Negeri Terengganu.Pengerusi JKKK Guntung Luar selaku Pengerusi Masjid Kampung Guntung Luar telah menerima hadiah pertandingan daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu pada majlis sambutan berkenaan di Stadium Negeri baru baru ini.











Pengerusi dan SU Masjid Guntung Luar bersama dengan hadiah yang diterima




Pada sambutan peringkat daerah Setiu yang diadakan pada 16hb Februari baru baru ini, JKKK Guntung Luar sekali lagi mendapat kejayaan di dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul yang mana JKKK Guntung Luar terpilih sebagai JKKK Terbaik Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Daerah Setiu








TAHNIAH......

Timbalan Pengerusi JKK Guntung Luar menerima piala dan hadiah daripada YB. Dato' Haji Mohd Jidin Shafii, Ahli Parlimen Setiu




Kurangkan perbezaan, cari persamaan adalah kunci kepada kejayaan ini. Semangat muafakat tanpa mengira ideologi politik telah membuktikan kejayaan kepada Kampung Guntung Luar.. Tahniah kepada semua warga Guntung Luar


Thursday, June 9, 2011

GUNTUNG LUAR BERJAYA LAGI....

Terima Kasih kepada seluruh warga Guntung Luar dan tahniah di atas kejayaan Kampung Guntung Luar mendapat Naib Johan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu.
Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat bekerja sama dan usaha yang bersungguh sungguh semua warga Kampung Guntung Luar dalam usaha meningkatkan pencapaian dan imej kampung yang tercinta.

Pengerusi JKKK Guntung Luar, Encik Mohamad Mat Zin berkata usaha mencapai kecemerlangan bukan satu titik noktahnya kepada warga guntung luar malah sebenarnya ianya baru bermula. Ini adalah kerana usaha untuk mengekalkan pencapaian ini dan mempastikan persekitaran kampung Guntung Luar akan terus ceria, bersih dan indah merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian.

Adalah diharapkan pencapaian ini menjadi satu titik tolak untuk meneruskan keindahan agar ianya menarik minat seluruh pengunjung untuk terus berkunjung ke Guntung Luar dan akan membawa balik kenangan indah apabila mengunjungi Guntung Luar.

Semoga Guntung Luar akan terus maju makmur.

Saturday, March 12, 2011

KEBAKARAN RUMAH

Jam 3.45 pagi, 10hb Mac 2011, warga Guntung Luar dikejutkan dengan bunyi siren Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rumah Encik Mohd Nizan telah mengalami kebakaran dan musnah sama sekali. Beliau yang juga Setiausaha JKKK tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyelamatkan diri dan keluarga serta kenderaan. Api yang marak dengan cepat menyebabkan rumah berkenaan tidak dapat diselamatkan lagi.

Rumah jiran beliau di kiri dan kanan juga hampir terbakar sama. Alhamdulillah dengan kehadiran anggota BOMBA, ianya dapat dikawal. Kebakaran ini dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 pagi.

Pada paginya pula, rumah berkenaan dinaiki air banjir yang hampir mencecah lantai. Seluruh warga Guntung Luar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Encik Mohd Nizan dan berharap serta berdoa semoga beliau sabar dalam menghadapi dugaan ini.

Rakan sekerja dari KEMAS, Majlis Daerah Setiu, SKGL, SMK Guntung, Pejabat Daerah Setiu, JPAM Setiu dan lain-lain agensi serta masyarakat kampung telah datang menziarahi dan memberi sokongan. Yang Berhormat Haji Abdul Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri, juga telah turut sama hadir. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee Ahli Parlimen Setiu juga turut memberi sokongan kepada keluarga berkenaan.

Encik Mohd Nizan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. Beliau amat terharu dengan sokongan yang diberikan.
Hangus : Keseluruhan rumah musnah terbakar
Ditenggelami banjir
Teliti : melihat sisa-sisa kebakaran