Pada 21 Februari 2012, Kampung Guntung Luar sekali lagi menyahut cabaran kerajaan untuk menyertai pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu. JKKK Guntung Luar telah menerima kunjungan barisan Panel Hakim pertandingan berkenaan pada jam 2.30 petang.
Datang bersambut... Barisan Panel Hakim disambut oleh JKKK Guntung Luar |
Terima kasih YB. Dato', Kehadiran YB. Dato' Haji Mohd Jidin Shafii, Ahli Parlimen Setiu memberi sokongan kepada JKKK Guntung Luar... |
Sessi Taklimat Barisan Panel Hakim sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Hamdan bin Hamzah |
Ulasan dan komen Ketua Rombongan Panel Hakim menyampaikan komen di dalam sessi taklimat berkenaan. |
Adat bertandang.... Rombongan Panel Hakim yang menjadi tetamu Kampung Guntung Luar sedang menikmati jamuan. Sup daging/tulang/ Bubur Kacang/Roti/Kueh Onde-Onde |
Tanda penghargaan di atas kunjungan. Pengerusi menyampaikan pulut macam macam kaler kepada panel hakim... |
Tahniah kepada seluruh ahli JKKK Guntung Luar dan warga kampung Guntung Luar yang telah memberi komitmen dan membuktikan semangat untuk teruskan kecemerlangan dan kejayaan kampung kita. Menang atau kalah pertandingan bukan pengukur kejayaan tetapi semangat yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa kita sebenarnya telah BERJAYA... teruskan teruskan teruskan....!!!!!!!
No comments:
Post a Comment