Jika anda melalui pekan Guntung Luar, singgahlah menikmati keindahan yang ada di Kampung Guntung Luar. Anda boleh berehat ditepian sungai yang cantik. Aliran dan deruan air yang mengalir di sungai Guntung pastinya menambat hati anda. Anda juga boleh melalui jambatan gantung yang selesa dan cantik.
Di samping menikmati keindahan yang ada anda juga boleh menikmati keenakan nasi ayam kampung dan nasi kerabu. Kedua-dua hidangan ini adalah menu yang tersohor di Guntung Luar. Ramai pengunjung di sini menikmati nasi ayam kampung di beberapa buah kedai makan yang ada. Antara yang terkenal adalah Warung Jelira Rasa Haji Zakaria, di jalan menuju ke Kampung Saujana dan Kedai Nasi Kerabu Hasmah.
Jika anda ingin bersolat, singgahlah di Masjid Guntung Luar. Bersolat di masjid ini memberi keselesaan kepada anda kerana ianya sentiasa dijaga bersih dan mudah untuk meletak kenderaan. Kemudahan tandas masjid juga sentiasa dijaga bersih.
Singgah dan kunjungilah desa nan permai, Kampung Guntung Luar.