JKKK Guntung Luar

Monday, November 8, 2010

Merenung Sejarah

Di tahun 40an dahulu, tidak ramai yang mengenali kampung Guntung Luar. Mungkin lokasinya berada didalam kawasan hutan pada waktu itu. Tetapi dengan kesuburan tanahnya dan kedudukan yang strategik, Kampung Guntung Luar kini telah jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh berbeza. Rumah-rumah kedai dari kayu yang dibina di atas paya telah tiada. Rumah-rumah ini telah dirobohkan, ditambak dan dibina dengan bangunan kedai batu yang selesa.

Masih teringat semasa penulis masih kecil iaitu ditahun 70an, kemudahan yang ada begitu terhad, bangunan sekolah rendah yang kecil malah sebuah bilik darjah berkongsi dua kelas, masjid kayu yang sempit, kemudahan perniagaan yang terhad, bekalan elektrik 12 jam, tiada kemudahan bekalan air bersih. Tetapi kini semuanya berubah, Guntung Luar kini mempunyai kemudahan yang cukup membanggakan samada untuk pembangunan modal insan ataupun peningkatan sosio ekonomi.

Terima kasih kepada Kerajaan di atas usaha murni yang dilakukan.